"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima"

Thursday, October 29, 2009

Hari yg senang...

Senang kerna boss aku tidak marah2 hari ni...

End of telefoning manjang cakap "thank you, Nora"

Tataulah kenapa. Adakah kerna hari ni aku tlh berhempas pulas sorang diri pergi beli file, bahan2 dan kemudian printing dan hantarkan tender?

Sudahlah manjang hantar lambat, nasib baiklah aku ini pandai berkata manis dan buat muka sedih, makanya si N*za itu melayan ajerlah walopong BERjanji hantar before 1pm tapi sampainya after 2pm and duduk tunggu dia kejap dlm setengah jam... Aperlah sgt tunggu setengah jam gitunya sedangkan submission tuh before 12noon~ngeee!

Hari ini terasa sangat sebuk tetapi tidaklah kelam kabut [aku pun tatau kenapa] tapi still pepagi tadi msa tgh beli roti tempayan, y*soff from B*SF called abt HX E2411. Haishhhhh!!! Ada masalah & bila tgk email, Ya Rabbi!!! Teruknya sesangat... still i am still in good mood & forward email to boss2 semua. Biar depa fikirkan cara...

Sampai ofis pagi tadi terus ajer disuruh berlakon utk Business Plan. Kelako plok rasanya... Tapi takper, nasib baik pagi tadi iron gak kemeja office, idoklah dompotnya pakai jacket company yg murahan maerialnya tho' color & design agak cantik... [Z*m pkai cantik ler plak, sbb kakinya panjang~dengki!]

Bila Y*ng email to KL, kena rejek ler plok. Balik ajer dari C*arigali, kena berlakon lagik... Hmmm... Siap gelak tak hengat segala nya ada tapi rasanya kira dah ok lah kot sbb up until now, boss takder suruh re-shoot lagik. L*pi plok kasik tunjuk gambo depa kat KL tgh beraksi... Amboiii!!! Kekonon berialah tuh tengah perah otak utk buat Business Plan... Cheit!

The whole day today asyik bertelepong ngan org B*SF sampai bateri mobile aku kong. Tapi rasanya aku sgt senang compare to semalam yg sgt stress walopong Y*ali sgtlah seperti bapak2 yg kelako kerna manjang kena marah ngan boss... Haishhhhhh...

Sabo ajerlah... 


Kenapa Z*m skrg sgt kelihatan begitu kacak? Haishhhh! Dengki dgn kaki panjang of hers!!!

Wednesday, October 28, 2009

We are audited!

thehehehehe... baru ajer first round...

Gelak2, suka2, main2 ajer...

Haishhhhhh! Sronot pun ada...

Macam manja2 ngan chek ajer...

Rindukan chek lah... *sedih* 

-------------------------------------

Aku buang poster ni sbb adinda cakap tak seswai ngan konsep blog...

Aku suka minah ni & definitely this quote... Haishhh!!!


Tuesday, October 27, 2009

Serious!!!

Serious aku suka layan blog lucadeketiak ni selepas di rekemen adinda[?] ku.

Serious sronot hepi2, terasa keriangan dan terhibur membaca telatah rakan2nya especially ini...

Satu hari abis dah khatam since diperkenalkan semalam...

Maybe sebab entry2nya pendek serta dicampur lawak2 kelako gila

Teringat kenangan2 di Shah Alam dan Dungun ketika di aitiem

Buat aku tergelak, terbahak2 sehinggalah aku TERjumpa entry ini 

Membuatkan aku TERkesima dan Berfikir...

Benar katanya... "memang allah sengaja..."

tQ Allah! Alhamdulillah... Lembutkanlah aku...

Pasrahkanlah aku... Aku memohon kepadaMU... Amin!


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA. 

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. 

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

memang allah sengaja...

Sunday, October 25, 2009

Bagus sgt kah?

Tadi borak2 ngan J*ki [N*rus P] sampai tak sedar dah lepas pukul 6ptg.

HaishhH!!! Gitu lah sokmo, kalau dah excited tuh tak hingat jam.

Mementang kena puji, kena angkat, terus tak sedar waktu.

Tak habis2 suruh aku buat sendiri B&P. Being the ONLY woman to do it.

Masuk fis tgk ada 2 miskals from Ayu. Tengah borak tuh terselit lah jugak.

Tak habis2 dgn wasting my time here. Should pergi KL. Bla bla bla bla...

Haishhhhhh! Kalau aku hebat sgt takderlah aku camnih kan?

Why do other people lebih konfiden on me than I am?

Saturday, October 24, 2009

Spot on Mang!!!

Was blog hopping and found this... GOsh!!!


You'll NEVER know TRUE HAPPINESS until you have truly LOVED.
And you NEVER understand PAIN really is until you have LOST it...

Before, i used to ponder on a very famous quote from Alfred Lord Tennyson's poem In Memoriam:27, 1850:

Image Credit: MelissaT (busy)

Friday, October 23, 2009

Sronot sungguh!

Memang sangat seronot berjumpa mereka2 di atas, last 19th di Summit. Hanya disitu tempat pertemuan kerana Alang tidak boleh bergerak jauh dari tempat memberi rezeki. Nasiblah dia boleh jumpa jugak aku. Kalau tidak. Ntahlah. Akan terkeluarlah bahasa2 lunak didengar dari bibir aku yang kemudiannya disusuli dengan gelak ketawa & Alang akan tetap tersengih, tersenyum, tergelak. Buleh sangat aku bayangkan. Haishhhh!

Aku rindu korang semua. Walopong lama x jumpa for few years. Tidak duduk serumah since grad. Semuanya seperti tidak pernah berubah... It was 11 years ago, mang!!! Muack!!!

Alang seperti biasa, berpOsing ayu tak hengat! Ngee~


Alang membuatkan kami jeles kerana kelihatan sangat awet sekali didalam gambar diatas. Tapi seriously semua org tidak nampak even a day older than the day we graduated. Selalu kalau berjumpa rakan lama, aku akan sentiasa berasa diri sendiri yg tidak berubah tetapi depa ni serious langsung tidak berubah. Few wrinkles here and there does not counts... Sangat dengki tapi aku sayang korang weiiii!

Jeles ngan depa. Lutt tetap bergetah tho beranak 2. Juhe still petite cenoit walopong anak dah 3. Farah few years back sgt slim but back to her old weight. Alang katanya makin berat since grad tapi she looked thinner. Kerja kuat sgt dia tuh OR makin tinggi kah ko, Alang. Do not work too hardlah... Risau aku tengok...

Aku? Terkejut depa melihat bertudung. Nampak sangat dah lama tak mendengar berita. Terpaksalah ulang bercakap "It's been two years!!!"... ata mereka aku tak berubah tho' aku tau mereka hanya bersopan. Housemate di zaman Shah Alam mmg sangat menyenangkan hati sedangkan aku terlebih 10 kilo. Lengan beso weiiii... :bgrin:

Aku akan ingat a very sound advice from Lutt. Thanks beb!

Juhe, sorilah sbb aku TERlupakan ko msa ko YM aku. ID JuneAzman ko sungguh mengelirukan... Wakakakaka

Farah, next RAYA ko buat open house. InsyaALLAH aku datang... Jangan marah walopong ko terpaksa round tempat kita memerah otak few times utk ambik aku.

Moga kita ketemu lagi. Aku sayang korang. Rindu korang. *Hugs&kisses*

Thursday, October 22, 2009

Mendengar TV + bergaming di FB + BLOG hopping

Banyak mau diceritakan.

Ke GOmbak, Desa Pandan, Shah Alam since Jumaat lepas. Balik Selasa pagi.

Gambar sudah ada tetapi aku benci melihat lengan besarku...

Haishhh!!!

-------------

Berborak ngan AbgOng for lil' while. Ngajuk [bongok!] sebabnya dia takmo dulukan OMNIA 2. Sajer ngengader sbb dah takder sesaper nak ngadakan aku!

J*de berYM tru mobile. Katanya TERbeli RM2. Melayan dia sesambil menahan rindu. AKu rindukan dia. Sangat gumbira bila berjumpa kembali. Ke Desa Pandan was 2nd time meeting since sekian lamanya tidak bersua...

-------------

SMS dari Ij*l utk these few days tidak dilayan. Aku biarkan ajer. Ketika di KL pun aku jawab kerana kesian. Itu pun kasitau "tgk tv" dan seterusnya aku biarkan... Tiada mood ingin melayan. Dia seperti tidak paham apa ku hendak. Seperti tuli perasaan. Tiada future. Seperti jua kata mereka, mereka dan juga mereka. Buat apa mau nyusahkan diri. Dia sepertinya tidak lagi matang. Biar sendiri dari menyusahkan diri. Kalau jodoh tidak kemana.

-------------

SMS mengarut dihantar ke 019 saying 012 tidak on, dia mau telefon sekitar 22:19. Siapakah itu? Ketahui 019 serta juga tau aku ada HOTLINK. Sangat curious. Selalunya aku biarkan ajer tapi itulah... Bukannya tidak pelik skrg ini setiap org ada 2/3 lines. Tapi no aku quite exclusive [konon!] & agak menarik tertarik. Aku call with 012 sebabnya 019 sudah kehabisan kredit [ngeee~tetiba aku rindukan MM]  

Telonya kelantanese, buat aku benci!. Bertukar soalan, terusan aku letak. Cakapkan silap orglah tu. Dia SMS hotlink and saying dah berhubung with 019 since bila ntah & siap kasik details. Pelik.  Kernanya tht line sudah abt a month aku tidak top-up. Sebabnya tidak dipakai sgt. Tidak seperti setahun dulu. Sangat penting line itu. Jiwa Raga aku. Sepenting home line, kerna lebih murah. Lepaskan rindu walau seharian bersua muka.

Ntahlah. BerSMS few times, just to make sure & aku cakap aku ada hal. Tidak penting utk dilayan. Aku tau aku lagaknya sombong! Pedulikkan. Selalunya aku begitu. Dikatakan sombong pun aku tidak hairan. Ntah2 seperti juger no yg satu itu. Menyakitkan hati aku sahaja. Tidak tahu angkara dia atau yg itu. 

Mamposlah!

Babikan mereka!

Ya! Aku tau tidak elok tetapi aku blum cukup kuat utk melupakan...

tseh:: Tiada mood. Ya! Agak hambar! Aku tau! Mungkin bahana mau datang bulan...

Wednesday, October 21, 2009

No more!

Just talked on the phone.

No more EATING with them he said. Fedap with the culture.

Sedangkan hari aku sgt productive rasanya. Takder masa melayan benda ngarut2.

Check emails. Email updated PO. Jumpa prospects SUb-con utk project 7 units pipes.

Haishhhhh!!! Camnih duduk ofis sajalah yer? :bgrin:

Thursday, October 15, 2009

It's late...

Besok NZM will be in the Kemaman office for my Appraisal, rasanya.

Balik tadi around midnite, lepas jumpa B*sra. Dapatah listing tuh...

Bleh tahan jugak Teh Ice Special itu. Ada Wheat didalamnya.

Menarik!

Wednesday, October 14, 2009

Oit... Melampau nih!

Memang sangat melampau...

TERkedu tengok... Harharhar!

Takleh baca ker apa ntah nih...

Haishhh!!!

I am feeling sorry for myself...

... a bit for being so ignorant and dengan lurus bendulnya to believe everything's gonna be all right...

To believe that he will make it all true. I am sorry dia itu pengecut. That's just it!

Tho' the feeling is true yet being pengecut make it meaningless.

Pengajaran tho' no regrets.

C'est la vie!!! 


Source: PicPoke.com

Tuesday, October 13, 2009

Aku kebosanan...

Melayan Abg Ong aka d*ht kat YM. Gefren tak online ler tu yg dok cari aku...

Plus been awhile tak berborak, gituh... Rinduler tuh kat adik ong dia...

Tak habis2 suruh aku slim down. Bosan betul!

Then tetiba Ij*l SMS. I replied...

Few exchanging SMS and he asked a question.

I responded "sbb bosan"

Nganganganganga

Nak tido dah... Gnite!

Kelako OR not...

Ada org called the ofis looking for our Purchaser at first and afterwards MNA.

First call, suaranya di"lain"kan. Agak garau and agak gugup memulanya. Second time around suaranya sendiri. Cakap elok2 dan baik2. But me automatically bertukar jadik garang... AKu pakai speaker tho during first call Z*m cakap itu dia. And the 2nd call confirmed that. Aku hang up while he was thanking me... Kelako pun ada. Haishhhhhh!!!

Still, I feel nothing inside. Tak Gabra. Tak Gugup. Biasa ajer.

Good thing kan? I'm getting there, hopefully...



------------

I just got a brilliant plan! Whenever tak kira masa, when I'm feeling the need to be MAD; I would just think of wht he said! It's easier to let go!!!! :bgrin:

Monday, October 12, 2009

Berita duka...

Pepagi tadi at 03:13:36, aku mendapat SMS dari Ij*l. 

Memberitahu bahawa bondanya telah meninggal at 01:10am.

Innalillah. 

Wednesday, October 7, 2009

There's something about him...


Seems like everything is all about him for the past few days...

1. He kept popping into my heads without warning. I hate it! fcuk!

2. Kak An* bercerita during masak Mee Rebus kat dalam surau paginya. Terserempak di tempat biasa kot. Tak kuasa nak tanya banyak.

3. Lepak dengan Faiz*l till late kat kedai Yong Tau Fu malamnya. Sangat mengecewakan. Tak sedap. Buat Mee Rebus hari tu lagi sedap soupnya. Told me about his more than few times terserempak with a boleh-tahan-lawa passenger disebelah. Kawasan BERbahaya! Definitely NOT others!

Benarlah kata org tua2. Berdenyut2/bergerak2 mata disebelah KIRI tandanya  TERjadi during sembahyang ISyak. 

4. Jumpa Aziz* lunch tadi with his other 2 friends. Good Networking. I loikeee! Asked me abt "kawan baik ko" Haishhhhhh! Memacam... Cowardice! And still hear the words especially bomoh! 

I am OK tonight! Erkkkk... AM i?

Saturday, October 3, 2009

Penat lah plok!!!

Baru balik berayer rumah Z*M & rumah kawan ChekSh*e. Letih la plak rasanya. TV nampak gaya macam nak rosak ajer tuh.

Semalam kekonon nak menolong si Z*m, sampai rumah dia around 9pm. Lepak2. Kupas bawah merah sikit, Rebus nasi himpit satu plastik. Rendam Laksa sebesen. Buat air gula 3 kilos. Pastuh Z*m jamu ngan mee goreng mamak yg byk udang... Hmmm... Bleh tahan jugak sedapnya tho' katanay hari tu lagi sedap. Maybe boleh buat nanti.

Banyak lagi plak telur tuh rasanya. Bleh sangat nak buat mee mamak tuh. Rasanya sUsu cair pun ada lagi. Bleh sgt kalau nak buat jugak krim caramel. Tgk ler nanti. Selepas raya nih, bila tengok gambar raya segala, sakitkan hati plak dah. SIY pun tak menjadik camnih... Haaishhhhhh!!!! Besok aku nak start puasa lah... 



Friday, October 2, 2009

Menjadik jugak Laksa!!!

Oh yeah! Sangat teruja! Menjadik jugak my first time effort!!!

Pepagi lagi Mak Bonda cakap laksa byk lagi dalam peti ais & mintak nak buat Laksa Penang!
Gamoknya aku dok crita hari tuh msa beraya rumah Z*m abt tht Laksa Penang, and Laksa Penang yg dihidangkan Zam sgtlah sedap jugak, terusan disuruhnya aku buat.

Haishhhhhhhhhh! Aku ni dah ler memasak melihat buku resepi. Habislah segala forum.cari & mesra.net aku dok belek2 resepi. Sudahnya bunga kantan & daun kesumnya enggak ada. Ulam timun pun tiada.

After raided freezer yg last diload before raya tuh ada lah plak sebatang timun & aku called up S*u utk dapatkan daun kesum & bunga kantan. Maka datanglah dia & sesambil menuggu aku masak tuh, dia siapkan daun kesum...

Sedap sangat lah kot sampai anak jantan S*u yg kechik tuh siap bertambah2 makannya. She herself and anak perempuannya pun makan bertambah. Even Nenda yang susahnyya nak makan benda2 macam tuh pun makan dengan byknya & cakap sedhap... Wah!!! Tak sesia aku mencarik Resepi Kuah Assam ni dari blog Rizalman. thehehehe


Tak sesia jugak aku masukkan extra resepi, ikan kering seperti yg dinyatakan Kak An*; [tho' aku TERsalah masukkan sebenarnya amount IKAN KERING; Seperti yg dinyatakan Z*m; sekeping ajer & KACANG SHANTUNG tidaklah plak aku recalled nak letak]  Still, semua org memuji & tiada yg komplen... Dan Tersangat sedap sgtlah jugak, gamoknya sampai S*u bawak balik separuh dari Kuah Laksa Assam itu which TERpaksa plak aku tambahkan segala benda yang ada sebabnya nanti tak cukup. *Geleng Kepala*

Even akak yg dgn dgn L*nda pun cakap sedap Laksa ni, nak dibandingkan dgn Laksa Penang org jual... Memeeee doh!!! Depa punya kuah tuh, sgt lah cairnya. Biasalah org berniaga gituh kan. Yang penting untung banyok. Nampak gayanya, bleh jual nih...  *Ngeeee*

Thursday, October 1, 2009

Membosankan!

That's wht  i think of him!

Dan disebabkan itu,aku menceritakan apa yg tidak benar supaya dia lepaskan aku! Memacam perangai aku buat, dia tetap sabar. Memacam hal aku perkhabarkan, dia tetap terima. Tapi still, his commitment tidak 100%. Buat aku sakit hati. Buat aku tidak sabar. Buat aku mencurigai...

Semalam katanya, kebebasan diberikan tetapi sampai hati aku buat dia begitu...

Ntahlah. Hati aku tawar.