"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima"

Tuesday, September 29, 2009

Spot the difference?


Satu tuh sangat sedap dipakai, berjam2 berjalan memang takder rasa apa2lah. Yang satu tuh, kesian aku tgk empunya badan. Melecet abis jari kakinya...

Kesian pulok sebab yg satu tuh aku beli sbb takder size, last2 TERbeso & tak seswai pakai. Maka bertukar tuanlah yg satu tuh [jual bebenonya]. Nak pakai raya lah kononnya. Kejap pakai  melecet dah kaki. thehehehehe... Nasib ler kan? Bukan selalu pun pakainya...  Itu dialahkan. Tuan kasut yang lagi satu.

Yang aku punya tuh sedapnya pakaiiiiii.. SKrg ni everyday pakai... Nasibler brand ni takder lagik design yg aku berkenan. Yang tu satu2nyalah heels yg cantik & yg memang jenis aku pakai. Kalau tak, mau beli lagik design lain... Then again, boleh ajer beli other colour kan? Dah lah aku ni jenis kalau suak design satu tuh, paling2 two pieces aku beli... Hmmmm... Tgklah akhir tahun...

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin...



Ampun & maaf kerana aku PASTI ada:

TERkasar bahasa. TERsilap bicara. TERmarah yg tak kena. TERpekik kat telinga. TERpinjam harta benda. TERtanya tak tentu hala. TERsasul yg tak sengaja. TERmoody semena-mena. TERumpat bila-bila. TERlupa hutang-hutang lama [Khabarkan plsssss]. TERmacam lagi yg kena mengena. Halalkanlah yer...



Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Tuesday, September 15, 2009

Bosan berkebun, kita berfishing plak...

Hehehehe... Aku nengok ramai sungguh org dok melayan games kat FB tuh kan. Siap bercrita panajng lebar dalam blog. Aku pun nak try gak berceritalah. Tengok menarik ker tak game nih bila dibaca...

Bebenonya aku idoklah exactly mengail tetapi disebabkan aku sgt bosan skrg ni melayan Farm TOwn & Farmville, aku pi ler melayan game yg aku rasa kinda mundane ajer memula nih. Nak hias kena ada byk pitih. Nak carik pitih byk, susah plak tuh. Byk game yg macam tuh sampai aku jadi naik bosan. Tapi seriously sronot giler tengok ikan2 itu berenang-renang, bila depa dah besor ler kan. Rasa macam ada sikit tenang ajer. Takder ler rush beria nak mampos kumpul duit and Xpoints. Menanam bagai nak rak. Upah sana, pergi sana pergi sini carik org utk di hire. Gila tamak haloba aku nih nak dptkan level 34 tuh aaaaa dalam FT... Bila dah dapat rasa malas makin menjadik2. Unless depa dah naikkan lagi level TERtinggi tuh mmg aku layan bolayan ajerlah FT tuh.


Seriously, most of the games kat FB tu aku main. Bukan main secara main2 tapi yg jenis sgt bersungguh sampai nak mintak Polis jaga Restaurant supaya takder org curi tips, Anjing jaga kebun2 so tht bunga dan fruits tidak dicopek org, Beli memacam weapons for attack & defend, Add segala mak nenek mat salleh so tht crew aku berlambak... Haishhhhhhhhh... whtever it takes lah as long as i can be on top or tidaklah rasa loser manjang kalah bila org serang. Games yg aku main TERlalu banyak sampai aku naik muak & tak keruan duduk tatau nak main yg mana satu... Wakakakaakaka

Tapi farmville tuh macam banyak ajer levelnyer tapi disebabkan semua kena buat sendiri, aku tak excited mana pon. Mmg sgt tensen Farmville tuh. Semua kena buat sendiri. Plow. Harvest. Plant. Haiyoooooooooooo!!!!  Leceh betul! Tapi grafiknya lebih cantik compare to FT, plus ada lots of ribbons to be won. Still most of them aku owned sampai Blue Ribbon, so yg tu pun dah tak excited dah. Makin bosan. Makin tak ceria ajer rasanya...

Tapi aku tgk sekarang nih, kengkawan aku berlambak plak dah yg baru nak mula main farmville. Lambat sungguh depa tuh... Aku dah naik bosan baru nak start... Kakakakaka...
Farm Town tu katanya level 34 paling tinggi takat nih... Dah sampai level tuh, aku dah tatau nak buat apa. Nak arrange balik farm tuh rasa macam malas. Malas nak delete field. Malas betul nak pikir cemana nak arrnge semua tuh. Gifts from others pun aku tak accept sebab tatau nak susun kat mana. Takder space dah. Even yg dah accepted tu ada 103 gifts aku tak kluarkan dari kantungnya... Punyalah pemalas. Ingat weekend ni nak buat new arrangement, tapi RAYA lah plak. Apa kelas nak layan game bila anak sedara semua ada kan?

Tapi for now, aku tgh rajin nak decorate Fish Tank aku. Maybe sebab colorful sesangat kot. Nampak ceria. Nampak vibrant gituh kan... Cam slogan YUUEMDABELYUU plak dah... khakhakhakha. Yang ni bertemakan Halloween... Habis segala benda for tht theme aku beli... Berserabut tapi nak buat cemana, org tengah banyak duit... Beli jangan tak beli...thehehehehe...

Yang bawah ni plak bertemakan Pirates!!! Echewahhhhh.... DUit banyak beb, segala mak nenek theme ko nak pun bolehkan? Ikan semua kecik2 lagik tuh aaaa... Baru habis tangkap... Kalau nak diambik masa depa tengah membesar, alamatnya semaknyerrrrrlah tank tuh, sampai tak nampak segala background dah aaaa... Cam yg bawah sekalik tuh...

Nampak tuh bukan main semak dan serabut sampai tak nampak segala benda tuh aaaaa... Tapi aku suka!!!!! Nampak hasilnya tuh tau....Grafiknya cantik, itu yg jadi cantik ajer semuanya. Suka aku tgk. Even J*de pun dah terjebak. Manjang dok jeles ngan tank aku yg tiga tuh. Aku tunggu ajer dia banyak duit nak hias tank dia tuh aaaaa... Maklumlah, nak bandingkan aku ngan dia, dia tuh 10X lebih kreatif dari aku. Kita tunggu dan lihat ajerlah...


Gambar atas  ada lah terhasil selepas ikan2 dibawah ini sudah abis dijual...

Baru hari nih depa tambah lots of new ikan[g]. Cantik2 dan sgttttttt banyak!!! Sungguh excited! Tak sabar nak tambahkan lagi tank yg ada. I got 4 tanks bebenonya tapi yg dah kira siapnya 3 tuh laaa... Itupun yg Halloween tu aku nak tambah the 2 zombies. Tak sabar betul! Another one tu plak tak cukup duit nak dicantikkan. Nanti2 lah... $$$ ada, semua boleh buat kan?


tseh:: Alhamdulillah akhirnya clear jugak tht 1.75 today. Dekat separuh jugak buat abis bayar bill, besok ni habis lagi tuh. Tinggal suku ajer nanti tuh aaaa. Takper. Atleast all the bills dapat dibayar. For some, aku bayar 2 months terus. Biar tak beraya sakan janji bills tak bantot!

Monday, September 14, 2009

Suatu ketika...

This happened ketika menunggu MN* pergi site visit ngan Ezh*l on 26.08.2009...

Dilanda kebosanan and it's been awhile tidak berbaju kurung... Sekarang ni manjang berjeans ajer.

Jika diperhatikan gambar last serba hijau, tudung agak kelihatan senget. Dan yang sebenarnya itulah yg hendak dicapture si pengambil gambar. Ingatkan kepala hotak ajer yg senget. Rupanya kepalanya mmg senget sungguh. Itulah agaknya yg menyebabkan otak pun senget. Senget rupanya dia ini.

Semenjak bertudung... Ermmmmm, semenjak memakai tudung seperti itu, baru perasan sebenarnya kepala senget sebelah. Setiap kali ingin memakai tudung seperti itu, perlu dicenterkan betul2 tudung dan pemakai perlu memberi extra perhatian terhadap tudung agar tidak menampakkan kesengetannya. Berkepala senget rupanya yer...

Ketika mata masih elok. Walopong mata itu akan senantiasa ada lebam seperti mata panda. Memang tidak dapat di elakkan. Sudah ada sejak azali. Ketika itu mata tengah sihat. Tidak rasa bersyukur...

Tidak seperti sekarang yg senantiasa perlu dikenyitkan mata ketika bertentang mata dengan persekitaran yang silau terutamanya. Even ketika memula bangun tidur. Seperti di bawah.

Bayangkan terpaksa membawa kereta dengan kelajuan pukul rata 50km dengan mata sebelah ditutup. Bahayakan? Nak buat cemana. Kalau tak, tak pergi kerja lah jawapnya. Tadi half way, berhentikan kereta kat kedai Kak N*h & Z*m fetched kat situ. Gamoknya besok boleh sampai ofis teruskah? Mintak2 bolehlah. Amin...

Malas nak nyusahkan org...

Aha! Memang kelihatan agak jongos gambar diatas. Betullah makcik aku cakap. Semakin bertambah usia kita, bertmbah jongoslah kita. Apa2lah... Walopong gigi tidak putih bersih seperti suatu ketika dulu. Alhamdulillah, perlu bersyukur kerana masih elok walopong maintenancenya tidak seberapa.

Alhamdulillah... Syukur....

Walopong mata aku masih tembel...

Walopong bermacam2 speculation timbul

Walopong pelbagai suara sumbang kedengaran

Walopong memacam hal kejadian yang menguji kesabaran

Akhirnya just now, mendapat khabar berita gumbira

Advance BONUS untuk RAYA sama seperti years back

Boleh jugak aku beraya walopong banyak duit nak pakai utk si kuning...

Tho' tidak dapat beraya seperti tahun-tahun sebelumnya.

Shade lama masih berguna... [Haishhhhhh... tetiba plak]

Namun, Alhamdulillah... Aku bersyukur YA ALLAH!!!

Semoga sentiasa Kau berkati kami semua. Amin...



tseh:: Malam ni kena buat belanjawan so tht tak lari budget nanti. 28/10 next gaji weiiiiii!!!

Sunday, September 13, 2009

Mata kiri ku ini...

Hmmm... Ramadhan kali ini memang sungguh mencabar kesabaran menahan diri dari memaki... Nasiblah bulan ramadhan, kebarangkalian untuk memaki kurang sikit. Hmmmm... sikit ajerlah kurangnya. Masa terjadinya kejadian bukan main laju ajer mulut yang tak pernah nak kena insurance ini membebel. Kalau tidak kelihatan diluaran, dalam hati DIA sahaja yang mendengarnya...

Since last bawak ma pergi HT*A on 4/9/2009], since the day si kuning buat hal memacam kejadian terjadi sampailah hari ni. Last Ahad, gold bracelet duit ehsan minyak YUEMDABELYU hilang, pastuh ingatkan CITRA pok lee telah dikissed kat bontotnya rupanya memang dah macam tuh. Kalau tak mmg masuk list. Tapi still kena masuk list sbb aku gelabah cam tak hengat last khamis, thehehehehe. And semalam, ingatkan mata dimasuki habuk yg besar gaban, rupanya macam nak jadik ketembel. Dah nak sampai rumah Mok Zah semalam tuh, tetiba mata kiri yang diingatkan dimasuki habuk tuh, tetiba tak bleh bukak. Dah tu, belah kanan pun jadik ngong, Nak jugak tutup, susah nak bukak. Gila!!! Dah lah tgh drive. Dah nak berbuka plak tu, Nasiblah dah nak sampai rumah dia. Kalau tengah2 jalan raya nuh, tak ker naya! Sampai rumah Mok Zah, semua org kena melayan kerenah aku yg dok meraung2 minta belah ehsan since berbuka sampailah masa nak balik. thehehehe... typikal aku!

Dah basuh ngan air dari petang sampai malam, masih tak kluar habuk gaban tuh. Rasa macam nak lemas hidung bawang ni masuk air. Sakit sungguh hati sebab tak selesa. Nasib baik tak sakit tho' mata sudah merah2 macam mata hantu! Disuruh cuci ngan air tambah garam, dah buat jugak tapi still tak kluar jugak. Letak ubat mata Mak Bonda pun tak jadik. Letak ubat mata Mok Zah pun fail! Mintak plak Kakak [Mok Da's only daughter] tengokkan. Nak kelebet mata tu aku bukannya reti. Mmg dari dulu aku tak pandai. Kelako plak rasanya. Last2 Kakak cakap ada macam bijik kat kelepet tuh. Oit!!!! Nak jadik ketembel ker apa? Bila masa ler plak aku mengintai org mandi nih? Harharharhar!

Last2 letak ubat gel, Mak Bonda punya. Terus takleh bukak mata kiri tu. Kelako ajer aku rasa. Balik tuh Mok Da bawak kreta and aku dok belakang sesambil tersengguk2 sambil layan dia borak. Iyalah. Mata dah tutup apa lagi yg nak dibuat kan?

Bangun ajer pagi tadi, mata takleh bukak. Agaknya air mata dok kluar kot, sebab it's not the typical sakit mata tu. Takder lah taik mata bertempek2.... Haishhhhhhhhhh! Tensen.

Pergi kerja, sib baik lah Pok ada. Sebab hujan, dia takleh bawak motor. So, he drove me to work. Hmmmm... ginilah rasanya jadik Mak Bonda. Mom's left eye dah mmg takleh pakai. Jadik OKU. Baru ko rasa hilang nikmat takder sebelah matakan...  Padan muka. Rasakan...

Aku pergi ofis pun sebab ada quotation nak kena buat. Kalau tak malas nak pergi. Depa gelakkan aku pun, aku buat tak reti ajer. Takder mood nak melayan. Nak siapkan kerja cepat2. Pastuh nak pi klinik.

Tengahari lepas hantar all those emails, Zam bawak aku pergi klinik Nabil*h tapi doktor plak dah takder. AKu dengo masuk balik pukul 12.45. Rupanya 2.30. Haishhhhhhhhh! Hampeh sungguh! Dah ler aku surh Zam tinggalkan ajer kat situ bcos I dont expect the doctor's not there. Kan ker puasa, takkan balik rumah nak masakkan kan? Mabik anak skolah kot. Haiyer!!!! Aku ker or budak klinik tu yg pekak? I thot aku ualng balik tadi dalam telefon "Ah? 12.45 doktor ada balik?" which she replied "Iya" 

Nasiblah Pok nak balik rumah. Manjanglah bernasib baik, kan? He miscalled. Called him back & asked him to fetch me there and he sent me to Ibnu-S*na plak. Kejap ajer, sbb takder org. Kalau tau sangat sekejap, aku suruh ajer Pok tunggu jap. Doktor lelaki yg tak pernah aku jumpa tu kasik 1 day MC ajer. Tak best langsung. Dah ler tak tgk langsung mata aku. Tgk beberapa saat ajer. Takut jangkit ker? Takut batal puasa ker? Apsal takder pun ambik torchlight tu pastuh belek2 mata aku? Haishhhhhhhhh!!!

Before tht called boss aku tapi "the number U have dialed is out of coverage". Haishhhhhhh lagik. Aku SMSed. Tak dapat reply until now. Bateri kong kot. Kang nanti kalau tak kasitau, ader ajer dapat email yg bernada membebel. Nasiblah dapat boss yg jauh di mata. Letih nak call. Kalau dekat2 senang ajer jumpa masuk bilik kan?

Tunggu Zam sampai aku tertido2, malas nak rush dia potong rambut. Let her has her sweet time. Kasi canlah kan. Bukan senang dia nak pi memaner tanpa anak2. Nasiblah ada ofismate yg baik camgituh. Hantar aku sampai rumah. Haishhhhhhhhh!!! [Dengan nada bersyukur tu yer]

Oh! posting ini sangat hambar sepertimana perasaan aku ketika ini. Mata dah tak merah mana tapi still rasa macam takmo bukak ajer. Blur ajer aku rasa dunia ini. Tatau besok nak pergi kerja cemana. Dah nak berbuka nih pun, Pok still tak sampai rumah dengan kreta. Amboi! Ini yang malas nak kasik dia kreta tuh. Dahler kancil putih tuh aku yg pinjam. Kang nanti Pok Lee datang, kreta takder apa plak aku nak jawab. Haishhhhhhhhhhh!

Still, takleh lah nak bebelkan. Dia bawakkan aku pergi kerja tadi pun dah syukur. Hopefully kalau tak baik pun mata ni besok, mintak2 blehlah aku bawak kreta pergi kerja. Aminnnn...


eye conjuctivitis

Pinknya kulit dia... Mementang nama penyakit tu pun pinkeye. Gerun aku tgk... Harharhar!!! BTW mata tembel ni one of the conjunctivitis gak ker? 

Images:: bahrulfikri, sepatumerah, Zealous92

Saturday, September 12, 2009

Selesai sudah... Trifle Buatan

Selesai sudah trifle yang dibuat untuk dibawa berbuka ke rumah Ma/Mok Zah.
Disebabkan nak kena bawak gituh aku terus ajer buat dalam tupperware... Khakhakhakha... Seriously rumah ni takder bekas kaca empat segi yg cantik tuh. Nampaknya kena belilah next week. Buat persediaan kan, manerlah tau tiba2 terajin nak buat gituh. Trifle tu kan cantik kalau tgk tru bekas lutsinar gitu kan. Bekas kaca yang menarik tertarik Ko mmg d boom!

Sonang ajer rupanya nak buat.. First time bebenonya nih tapi entahkan ok ker tak rupanya... Tapi aku rasa layer kastard tu mcm TERtebal ajer... pastuh Jelly Strawbery tu mcm tak seswai plak kolornya. Macam TERgelap ajer kolornya, tak nampak segala jadah fruits tuh... Tak pun fruits tuh kecik nooooo? Or bekasnya yg kecik sikittttt?

Hmmmm... Nak kata TERpekat, dah ikut dah instruction nya... Haiyerrrrr...
Afsal tak cantik mcm yang dia ni buat eh? Dengki tul tau... Huwaaaaaaaa!!!

-----------------------------

Then again bila tgk her posting yg nih plak. Sama ajer size fruit coctailnya.
Owhhhh patutlah... Patut pakai Jelly Mangga yer? Nak kena color coordinated gak ker?
Hmmm... Dapat beli Bowl ni macam best jugak nih...

Trifle dalam bekas cute ni pun menarik jugak...

Source::  Google

Friday, September 11, 2009

Practise Memasak...

Sudah bertahun gamaknya aku tak memasak. Ramadhan ini terasa rajin ajer nak memasak during weekend.

Dah tu rajin ler plak buat dessert. Cream caramel lah, puding kaya lah, puding rotilah. Which semua tu aku buat beberapa kali sebab senang dan aku suka makan :ngeeeeeeee:

Sebab dah lama tak masak, semua bendalah aku belek resepi... Khakhakhakha...

Nak buat cemana. Dah mmg aku tak reti nak masakkan... Tadi masak asam pedas ajer sebab kepingin sgt nak makan. Ma beli ikan apa ntah tadi. Biasalah. Aku bukannya rajin nak tau ikan apa benda semua tu kan... Ikan kembong, ikan jacket, ikan aya aku tau ler... thehehehe

Boleh tahan jugaklahkan. Saper lagi yg nak puji kalau tak diri sendiri. Ma siap abiskan kepala ikan tuh. Dan aku dah abiskan dah semuanya. Rumah ni makan masa berbuka aja. Memang jenis tak bersahur. Aku sahur aka minum air before tidur. Tak pun kalau terbangun malam tu pi dapur minum ajer jugak. Takleh nak makan lah. Nanti makin lapor ader...

Sekarang ni kat rumah ni, berdua ajer ngan ma/mak bonda sebabnya mok/nenda gi jejalan rumah anak2 dia yg lelain. Memang sgt bosan masak untuk berdua ni. Dah ler makannya sekali ajer. So, kalau aku TERbuat banyak tu, mmg sedekah ajerlah kat Pok & also Pok Li. Tgk ler banyak manakan... Kalau sikit ajer lebihnya, kasik Pok ajerlah. Pok Li anaknya 6 org yang mana semuanay tgh membesar. Manalah cukup nak kasik sikit2...

Hmmmm... macam dah tak reti aku nak memblog nih. Dah tak pandai nak menulis cemana. Tak kesahlah kan. Aku menulis pun untuk diri sendiri... Menggedik pun untuk diri sendiri jugak. 

----------------------

Cerita pasal menggedik nih, aku dah bosan dgn MFA. Kenapalah aku ni jenis cepat bosan. Long distance relationship is just not for me lah. Aku ni jenis manja, mana bleh manja2 kalau takat2 SMS tuh, takat telefon sesekali. Tak leh laaaa... Tak reti... Boleh ajer nak retikan diri tapi aku malas. Malas nak buang masa. Malas nak mengharap. I am just not into him... 

Gamoknya aku mmg dah fedap ngan jantan kot...

1 Malaysia by AMP

Love this song... Got it here and the lyric too...



Oh indahnya 'pabila
Kita bersama
Kau, aku, kita semua
Tiada bezanya

No matter, whatever the challenge may be
We'll face it together, the stronger we'll be

*Tamil
Ondraga seinthu, endrendrum vazhvom santhosham neeranthaeram
(Together we come united as one, and live forever, our happiness is permanent)

Satu Bangsa
Satu Suara
Satu Nada
Satu Irama
Bersama kita capai semua
Satu Malaysia


Rap:
Satu Bangsa - We're united in music
Satu Irama - United we stand
I feel the hearts of my people when we struggle everyday to be the best that we can
We share the food that we eat, we share the words that we speak,
I say what's up? You say, "Apa cerita?"
"You hungry bro? Jom makanlah!"

We go up, never go down
We go up together

*Chinese
Wo men shi yi ge ma lai xi ya 我们是一个马来西亚
(We are one Malaysia)
Wo men yong yuan zai tong yi ge jia 我们永远在同一个家
(We will forever be one family)

Together we are strong
Tuan jie yi qi bu fen bi ci 团结一起不分彼此
(Unity with one vision)

Together we are strong
Xiang qin xiang ai wan zhong yi xin 相亲相爱万众一心
(We love each other and we share a vision)

United we stay, forever and ever
That's the way it's gonna be

Satu Bangsa
Satu Suara
Satu Nada
Satu Irama
Bersama kita capai semua
Satu Malaysia


Bridge Sketch:
Ean: Dude, JJ!
JJ: Yes Ean.
Ean: You know what part is this in the song?
JJ: Yes, it's the part where they go one key higher.
Ean: Okay, we'll be quiet now okay?
JJ: Yeah, 'coz we can't sing but everyone else, one key higher!

Satu Bangsa
Satu Suara
Satu Nada
Satu Irama
Bersama kita capai semua
Satu Malaysia
x2


End:
Eh, dah habis? Saya nanyi bila?
Eh engkau dah tua dah.
Engkau dengan aku tak nanyi.
Tepuk tangan je.

Sunday, September 6, 2009

Kesusahan Ramadhan ini

It's been sgt lama tidak berada disini...

Bukan sebab tiada cerita. Bukan!

Bukan sebab hidup aku sgt mundane... Erkk!!! Sikit2lah

Bukan sebab aku berpenyakit M... Hmmmm... Memang itu puncanya kot...

Tapi hari ini aku terpanggil untuk berposting kerana...

Last Friday kretanya buat hal... Not the kereta itself tapi aku sebenarnya...

Dan tadi, before lunch lepas called CIMB, aku TERperasan gelang sudah hilang...

Huwaaaaaaaa.... Nangis...


Ya ALLAH! Sabarkan dan tenangkan lah hati ini... Aminnn...