"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima"

Tuesday, November 30, 2010

please give me this!!!



Chefel Flip N' Cook - Double Sided Pan

Aku memang mahukan Grill pan dari dulu... Kononnya lebih menyihatkan serta easy to use tetapi this invention CHefel Flip N' Cook definitely my favourite. Senang sangat nak guna, siap bleh gunapakai bothside sbb you just flip to cook the other side of your dish.

Oh! Semakin seronot rasanya kalau dD kasik, price is reasonable rasanya less than RM200 ;) I likey!!!




Boleh didapati di MoreSalesiGreenAdPrincessOnline dan semustinya di Cosway

Monday, November 29, 2010

Souvenir from Down Under

Thank you S*bki, we LOVE them all ;)







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

♥ Selamat Ulangtahun suami TERcinta ♥

A Birthday is a Million Moments
Each holding a Promise of Fulfillment of your Dreams
ACCOMPLISHMENTS of Some Special Plans
Wish you a Very Happy Birthday on 29/11/2010
Thank you for always being my FRIEND, Đd♥


Pesanan Buat Suami


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”



Selamat Ulangtahun Suami TERcinta, 
Semoga sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki
Selamat sejahtera dan diberkati Ilahi
Berkekalan hendaknya, ßb♥Đd


Saturday, November 27, 2010

Friday, November 26, 2010

Etsy Shop#4


After that discouraged call last evening, i guess this beautiful painting from Jen Lemen really lift my spirit up. 


I just need to B.E.L.I.E.V.E and do not forget HIM!

Better thing awaits


This is so true!!! Taken from Jen Lemen!!! We just have to "redha" and believe that better thing awaits for any despairs and heart breaks.

Allah itu katanya tidak akan menguji setiap kita lebih dari yang tidak dapat ditanggung kita. Setiap kita ini, sudah pasti ada lebih dan kurangnya. Yang pasti sifat malas dan cepat mengalah itu perlu di sangkal dan dibuang. 

We are only human, begitu juga selebihnya. Mungkin kita perlu lihat apa lebihnya kita untuk kita lebih maju dan dalam masa yang sama bahagia dengan pilihan yang di pilih. 

N e e d  t o  b e  b e t t e r ! ! ! 

Etsy Shop#3



thewheatfield by Katie Daisy

Thursday, November 25, 2010

Want a new Leather Pendant?

Get the tutorial from Stitch In My Side

Just got news...

didn't get tru' for 2nd interview. No one did ;(

Doakan they won't get any suitable candidates and have to call me back LOL

Sekejap ajer dah ringan


Haih!!! Bila sudah diketahui org, sekejap ajer dah nak abis. Dah jadi harta ofis plak.

Manjang ajer jadi bahan aku nih, hangin jugak!!! Jadi tak ikhlaslah plaknya...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Etsy Shop#2

Etsy @facebook

For the past few days, rasanya 3 hari dah kot, aku manjang ajer melepak kat Etsy.com. Giler meriah dan aku paling teruja dengan segala handmade stuffs diorang jual, especially the accessories and Home Deco. Most of the sellers have their own active blogs, which they are mostly kind enough to provide us with the step by step tutorials which really helpful.

Kegemaran aku adalah Ashley dari  Make it & Love it. Sungguh tak kedekut ilmu. Ramai lagi yang sepertinya tapi rasanya disebabkan kebanyakan her tutorial mostly on things yang aku sentiasa nak buat tapi tak pernah buat so, she gave me lots of ideas which aku harap akan aku realizekan satu hari yang tiada due datenya nanti. Aku suka her ideas on Re-purposing.


Another pretty contributor is Alisa Burke. She is a real artist and I L.O.V.E her creative outputs!!! Kegemaran aku mustilah yg senang dan simple tetapi cantik, menawan, meletops which is Recycled Wreath!!!


Compare that to Tali Buchler own creation at Growing Up Creative [via Design*Sponge] . Teruja!!!


And here's another project from Alisa Burke for M&J Trimming project which is so marvelouusssssssss! Dengki sbb tak reti ;(



Pagi ni I came across dengan another interesting blogger. Not much of a blogger sebab Meg Anthony do not blog much but the best thing about her is that she sells cute D.I.Y flower related accessories which i sooo fond of to fund for her dearm of adopting a lil' girl. Good for her and good for me on getting ideas utk tutup segala lubang kat fav baju aku ;)) Mungkin juga aku boleh guna idea ini apabila sudah berada di Seremban nanti. Aminnnnn...




Enjoy my favorites of her stuffs at Etsy.com. Awesomeness!!!

1. Blooming Belt



2. Flower headband for baby




3. Black Poppy

Wednesday, November 24, 2010

Sudah mahu banjir?


It's raining cats and dogs...


If it didn't stop, there will be flood around the office. Yeay!!!


This welcomed me when arrived home. Delicious!!!

Etsy Shop#1



thewheatfield by Katie Daisy