"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima"

Sunday, September 13, 2009

Mata kiri ku ini...

Hmmm... Ramadhan kali ini memang sungguh mencabar kesabaran menahan diri dari memaki... Nasiblah bulan ramadhan, kebarangkalian untuk memaki kurang sikit. Hmmmm... sikit ajerlah kurangnya. Masa terjadinya kejadian bukan main laju ajer mulut yang tak pernah nak kena insurance ini membebel. Kalau tidak kelihatan diluaran, dalam hati DIA sahaja yang mendengarnya...

Since last bawak ma pergi HT*A on 4/9/2009], since the day si kuning buat hal memacam kejadian terjadi sampailah hari ni. Last Ahad, gold bracelet duit ehsan minyak YUEMDABELYU hilang, pastuh ingatkan CITRA pok lee telah dikissed kat bontotnya rupanya memang dah macam tuh. Kalau tak mmg masuk list. Tapi still kena masuk list sbb aku gelabah cam tak hengat last khamis, thehehehehe. And semalam, ingatkan mata dimasuki habuk yg besar gaban, rupanya macam nak jadik ketembel. Dah nak sampai rumah Mok Zah semalam tuh, tetiba mata kiri yang diingatkan dimasuki habuk tuh, tetiba tak bleh bukak. Dah tu, belah kanan pun jadik ngong, Nak jugak tutup, susah nak bukak. Gila!!! Dah lah tgh drive. Dah nak berbuka plak tu, Nasiblah dah nak sampai rumah dia. Kalau tengah2 jalan raya nuh, tak ker naya! Sampai rumah Mok Zah, semua org kena melayan kerenah aku yg dok meraung2 minta belah ehsan since berbuka sampailah masa nak balik. thehehehe... typikal aku!

Dah basuh ngan air dari petang sampai malam, masih tak kluar habuk gaban tuh. Rasa macam nak lemas hidung bawang ni masuk air. Sakit sungguh hati sebab tak selesa. Nasib baik tak sakit tho' mata sudah merah2 macam mata hantu! Disuruh cuci ngan air tambah garam, dah buat jugak tapi still tak kluar jugak. Letak ubat mata Mak Bonda pun tak jadik. Letak ubat mata Mok Zah pun fail! Mintak plak Kakak [Mok Da's only daughter] tengokkan. Nak kelebet mata tu aku bukannya reti. Mmg dari dulu aku tak pandai. Kelako plak rasanya. Last2 Kakak cakap ada macam bijik kat kelepet tuh. Oit!!!! Nak jadik ketembel ker apa? Bila masa ler plak aku mengintai org mandi nih? Harharharhar!

Last2 letak ubat gel, Mak Bonda punya. Terus takleh bukak mata kiri tu. Kelako ajer aku rasa. Balik tuh Mok Da bawak kreta and aku dok belakang sesambil tersengguk2 sambil layan dia borak. Iyalah. Mata dah tutup apa lagi yg nak dibuat kan?

Bangun ajer pagi tadi, mata takleh bukak. Agaknya air mata dok kluar kot, sebab it's not the typical sakit mata tu. Takder lah taik mata bertempek2.... Haishhhhhhhhhh! Tensen.

Pergi kerja, sib baik lah Pok ada. Sebab hujan, dia takleh bawak motor. So, he drove me to work. Hmmmm... ginilah rasanya jadik Mak Bonda. Mom's left eye dah mmg takleh pakai. Jadik OKU. Baru ko rasa hilang nikmat takder sebelah matakan...  Padan muka. Rasakan...

Aku pergi ofis pun sebab ada quotation nak kena buat. Kalau tak malas nak pergi. Depa gelakkan aku pun, aku buat tak reti ajer. Takder mood nak melayan. Nak siapkan kerja cepat2. Pastuh nak pi klinik.

Tengahari lepas hantar all those emails, Zam bawak aku pergi klinik Nabil*h tapi doktor plak dah takder. AKu dengo masuk balik pukul 12.45. Rupanya 2.30. Haishhhhhhhhh! Hampeh sungguh! Dah ler aku surh Zam tinggalkan ajer kat situ bcos I dont expect the doctor's not there. Kan ker puasa, takkan balik rumah nak masakkan kan? Mabik anak skolah kot. Haiyer!!!! Aku ker or budak klinik tu yg pekak? I thot aku ualng balik tadi dalam telefon "Ah? 12.45 doktor ada balik?" which she replied "Iya" 

Nasiblah Pok nak balik rumah. Manjanglah bernasib baik, kan? He miscalled. Called him back & asked him to fetch me there and he sent me to Ibnu-S*na plak. Kejap ajer, sbb takder org. Kalau tau sangat sekejap, aku suruh ajer Pok tunggu jap. Doktor lelaki yg tak pernah aku jumpa tu kasik 1 day MC ajer. Tak best langsung. Dah ler tak tgk langsung mata aku. Tgk beberapa saat ajer. Takut jangkit ker? Takut batal puasa ker? Apsal takder pun ambik torchlight tu pastuh belek2 mata aku? Haishhhhhhhhh!!!

Before tht called boss aku tapi "the number U have dialed is out of coverage". Haishhhhhhh lagik. Aku SMSed. Tak dapat reply until now. Bateri kong kot. Kang nanti kalau tak kasitau, ader ajer dapat email yg bernada membebel. Nasiblah dapat boss yg jauh di mata. Letih nak call. Kalau dekat2 senang ajer jumpa masuk bilik kan?

Tunggu Zam sampai aku tertido2, malas nak rush dia potong rambut. Let her has her sweet time. Kasi canlah kan. Bukan senang dia nak pi memaner tanpa anak2. Nasiblah ada ofismate yg baik camgituh. Hantar aku sampai rumah. Haishhhhhhhhh!!! [Dengan nada bersyukur tu yer]

Oh! posting ini sangat hambar sepertimana perasaan aku ketika ini. Mata dah tak merah mana tapi still rasa macam takmo bukak ajer. Blur ajer aku rasa dunia ini. Tatau besok nak pergi kerja cemana. Dah nak berbuka nih pun, Pok still tak sampai rumah dengan kreta. Amboi! Ini yang malas nak kasik dia kreta tuh. Dahler kancil putih tuh aku yg pinjam. Kang nanti Pok Lee datang, kreta takder apa plak aku nak jawab. Haishhhhhhhhhhh!

Still, takleh lah nak bebelkan. Dia bawakkan aku pergi kerja tadi pun dah syukur. Hopefully kalau tak baik pun mata ni besok, mintak2 blehlah aku bawak kreta pergi kerja. Aminnnn...


eye conjuctivitis

Pinknya kulit dia... Mementang nama penyakit tu pun pinkeye. Gerun aku tgk... Harharhar!!! BTW mata tembel ni one of the conjunctivitis gak ker? 

Images:: bahrulfikri, sepatumerah, Zealous92

No comments:

Post a Comment

Always L.O.V.E to hear from you, my lovelies ;)