"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima"

Tuesday, November 8, 2011

Facebook newsfeed post by: Tengku Ahmad Mubin Shah

Tengku Ahmad Mubin Shah wrote:

" Sifat takut kepada Allah SWT terbukti dengan 7 perkara :

1- Menjaga lidah daripada dusta, mengumpat dan berbicara yang sia-sia dan haram. Lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT , membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.

2- Menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja. ( Yakin tidak berlebihan ).

3- Menjaga penglihatan, dengan cara tidak melihat yang haram dan tidak lihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.

4- Menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah SWT semata-mata.

5- Menjaga kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai Allah SWT.

6- Menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada perasaan hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi perasaan dengan kasih sayang kepada sesama muslim.

7- Menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah SWT dan selamat daripada riya' dan nifaq.
 
¤ Nora ¤

No comments:

Post a Comment

Always L.O.V.E to hear from you, my lovelies ;)