Tadi msa aku menunggu nurse kluar dari Dewan Bersalin & mintak aku daftar kat Dewan (?) Kecemasan. Ramai jugak orgnya. Sampai kat luar.
Lepas register dtg balik kesini dan the same nurse bagitau bukaan baru 1cm. Katanya lagi selalunya tak bersalin malam ni & aku boleh balik lepas berpindah ke Wad Bersalin sementara tunggu masa.
Kata aku, tgklah cemana sbb kesian plak nak tinggal sesorang. Katanya lagi takder apa2 sbb nanti bukan tak boleh telefon kalau apa2 hal.
Membuat aku terfikir sejenak. Kalau aku yang nak bersalin, mestilah aku mahu org menunggu sekurangnya sampai bersalin. Nak buat cemana kalau suami bekerja di Offshore sana, still nak lah juga ada seseorang yang menunggu kan?
Walaupun ini anak ke-5 beliau tapi takkanlah mahu ditinggalkan keseorangan. Kata nurse tadi, aku tak boleh tunggu di wad, sbb tulah dia suruh aku balik.
Apa2hal pun, tunggulah sehinnga kluar dari sini dulu. Suami tak angkat telefon. Ngantuk sangat gamoknya. Aku plak dah agak mengantuk, cemana nak tunggu kat luar ni. Harharhar...
No comments:
Post a Comment
Always L.O.V.E to hear from you, my lovelies ;)