"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima"

Friday, December 4, 2009

1st Day Aidil Adha

Beraya di rumah sedara di Payoh[?]. Serious aku tak ingat kat mana padahal jauhnya tak sampai 1 jam dari rumah. Tatau rumahnya di mana. So, Pok Li bertanyakan tuan rumah ini. Rupa-rupanya tuan rumah adalah anak yang nak buat kenduri. Sedara ler pulokkkkkkk!

So, ketiga-tiga kereta [1kreta+2MPV] berparking dihadapan rumah ini. Sambil menunggu lelaki-lelaki itu pergi sembahyang jumaat, kami ber'camwhoring'. Duduk rumah takder ler plak nak ambik gambo. SOkmo gituh la. Sebabnya kat rumah selalu sgt berbaju yg tidak seswai. Jadi tak boleh ambik gambo. Bila keluar rumah ajer baru nak pakai baju yg seswai dan juga berkeadaan elok utk tontonan ramai.






Bila dah kebosanan menunggu didalam rumah, bebudak berlari riang pulak memain kat luar. 

Dirumah kenduri. Sementara menuggu daging masak. Sikecil yang ada berebut buaian. Perut aku dah berkeriuk kelaparan.

Memang sedap masakannya. Selalunya daging korban/akikah akan digulaikan serta digoreng. Pastuh lawan plak dgn sambal belacan. Perggghhhh!!! Memang tak hingat apa2 dah. 


Bila perut dah kenyang. Kembalilah kerumah. Tapi bebudak tak abis lagi nak memain. Ajak kluar plak. Aku opted for Pantai Marina. Tak pernah bawak bebudak tu pergi sana. Selalu pergi sebab nak lunch msa kerja ajer. Lagipun sokmo sgt dah pergi Pantai kat Geliga tuh. Hari ni bertukar arah. Dengan si putih kepunyaan Ctie, kami bertolak beramai2 ke Pantai Marina. Layan ajerlah kerenah anak sedara dan sepupu2 tuh. Bukan selalu pong...

Monyet[beruk?] yang bertengkar dgn Ctie. Wakakakaka. Gelabah minah tu lari. Memula nak marahkan money tu sbb dok bergayut kat mirror si putih. Last2 dia plak kena sergah. Mencicit melarikan diri. Gelak tak hengat aku tgk dia. Pucat seeeeeeehhhh!!!

Eh! Eh! Silaplah! Bukanlah. Ini gambo monyet besar yang berjalan belakang aku ketika aku tgh menggelakkan Ctie. Monyet dia dah berjalan lenggang ke mana ntah msa nih. 

Gila seriaw dohhh! Besor gaban. Siap stop kejap kat tepi. Meremang bulu roma aku. Nasib cuaca mendung. Tidaklah kluar peluh ketakutan aku... Aku pulak yg pucat masa nih. Chait!!!

Ijol dengan aksi "Titanic"

Ctie dengan pose perasan cung + adik yang bermuka sememeh

Baby yang sentiasa perasan cute

Posing sesuka hati. Akak nampak perut gendut ler...

Dan lagi...

ABg CHik nih musti nak inteprem kacau pose...

Sesuka hati lagi...

Tengok apa tuh?

Baby perasan tgh melayar bahtera.

Hah? Apa? AWAS! KAWASAN LARANGAN!!!

3 dara pingitankah? NOTTTT!!!! Bwahahahaha


Sebelum balik berhenti sebentar di taman permainan Padang Astaka. Malas nak tempek gambar & aksi yang lebih kurang sama ajer.


Malamnya plak layan Nur Kasih plak. Apa ntah yang menariknya cerita tuh. AKu rasa overated sungguh. Gambar ini ajer yg seswai ditampal. Semua anak nenda ada except for satu pakcik. Pagi raya kedua baru sampai.

Yie & Wanie melayan kamera.


Nenda dikelilingi anak2, menantu2, cucu2 dan juga cicit2. Sedih plok Tok Chik takder. Rindu plak rasanya... 

No comments:

Post a Comment

Always L.O.V.E to hear from you, my lovelies ;)